Monday 23 November 2015

Konsep Prasekolah


KONSEP PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 – 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.Konsep yang digunakan ialah “Belajar sambil bermain” dengan menekankan “Pembelajaran bertema”.Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas,aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.
Keunikan Prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual.Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah Bestari.
matlamat pendidikan prasekolah
Matlamat Pendidikan prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan,menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.Menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan ilah merangkumi aspek Jasmani,Emosi,Rohani,Intelektual dan Sosial.Selain itu,menguasai kemahiran asas ialah kemahiran membaca,menulis dan menaakul.Kemahiran ini adalah kemahiran asas dalam pendidikan prasekolah yang juga dikenali sebagai 3M.Selain itu,memupuk sikap positif persediaan masuk ke sekolah rendah penting kerana kanak-kanak peluang,keseronokan dan melahirkan sikap positif untuk persediaan belajar di sekolah seterusnya memasuki tahun 1.

No comments:

Post a Comment